BestForex
Forex Education And Sharing

Sep
22

Indikator teknikal merupakan suatu sistem yang digunakan bersama rajah pergerakan matawang yang berfungsi untuk menunjukkan fungsi –fungsi seperti  berikut :

1.      Mengenal pasti pergerakan trend

2.      Mengetahui masa yang sesuai untuk posisi BUY atau SELL

3.      Mengetahui peringkat OVERBOUGHT atau OVER SOLD

4.      Mengetahui peringkat TAKE PROFIT dan STOP LOST

Sep
21

Pengenalan Analisa Teknikal

Analisa teknikal merupakan satu kajian pergerakan harga matawang. Analisa teknikal merujuk kepada kajian terhadap carta yang menunjukkan pergerakan harga matawang. Tujuan analisa teknikal adalah ia akan menunjukkan latar belakang atau pergerakan harga dan berdasarkan kepada pergerakan harga, para trader akan dapat mengagak akan pergerakan turun dan naik harga seterusnya. Dengan hanya melihat carta, anda dapat mengenal pasti trend dan bentuk pergerakan harga dimana ia akan dapat membantu peluang yang baik untuk urusniaga jual dan beli.

Perkara yang paling penting yang perlu dipelajari melalui analisa teknikal ini adalah mengenal arah trend pergerakan matawang. Perkara ini adalah yang paling penting dikalangan pedagang forex. Analisa teknikal akan memberi anda mengenal pasti sesuatu trend diperingkat awalan trend itu bermula.

Sep
21

PERBEZAAN DIANTARA FOREX DAN SAHAM
Mari kita lihat kelebihan antara pasaran Forex dan Stocks ( Saham)

 

 

KELEBIHAN

FOREX

SAHAM (STOCKS)

Pasaran 24 jam

Pasaran forex bergerak 24 jam sehari dan 5 hari seminggu bermula daripada pasaran Tokyo, London dan US

 

YA

TIDAK

Tiada Trading komisen dikenakan

Trading di dalam pasaran Forex tidak melibatkan wang komisen dan sebagainya, pihak Broker hanya mendapat hasil daripada perkhidmatan nya melalui harga bid dan ask.

YA

TIDAK

Keluar dan masuk pasaran dengan segera

Anda boleh masuk dan keluar daripada pasaran bila-bila masa sahaja hanya dengan beberapa klik daripada tetikus anda sahaja.

YA

TIDAK

Trading pada 2 hala ( BUY dan SELL)

Anda boleh masuk posisi pada ketika pasaran tengah naik (BUY) dan juga anda memasuki pasaran pada ketika harga jatuh (SELL). Jadi kedua-dua arah anda dapat menjana pendapatan.

YA

TIDAK

 

Sep
21

Di dalam dagangan forex, bukan semua matawang di dunia didagangkan, antara matawang yang banyak didagangkan adalah Dolar Amerika, Euro, Poundsterling, Yen, Franc Swiss, Dolar Australia, Dolar Canada dan Dolar New Zealand. Jadual di bawah menunjukkan matawang yang didagangkan dipasaran forex mengikut Negara dan juga “nickname “ bagi setiap matawang tersebut :

 

SIMBOL

NEGARA

MATAWANG

“NICKNAME”

USD

United States

Dollar

Buck

EUR

European Union

Euro

Fiber

JPY

Japan

Yen

Yen

GBP

Great Britain

Pound

Cable

CHF

Switzerland

Francs

Swissy

CAD

Canada

Dollar

Lonnie

AUD

Australia

Dollar

Aussie

NZD

New Zealand

Dollar

Kiwi

 

Setiap matawang-matawang tersebut dipasangkan dengan pasangan yang telah di tetapkan seperti berikut :

 

PASANGAN MATAWANG

KETERANGAN

GBP/USD

Great Britain Pound terhadap US Dolar

EUR/USD

Euro terhadap US Dolar

AUD/USD

Australia Dolar terhadap US Dolar

USD/JPY

US Dolar terhadap Japanese Yen

USD/NZD

US Dolar terhadap New Zealand Dolar

USD/CAD

US Dolar terhadap Canadaian Dolar

USD/CHF

US Dolar terhadap Francs Swiss

Sep
21

Dagangan forex di internet memerlukan anda mendaftar dengan sesebuah syarikat ataupun dikenali sebagai platform forex yang berdaftar di Amerika melalui pendaftaran di internet. Platform ini bertindak sebagai broker yang membolehkan anda membuat transaksi jual dan beli dalam dagangan forex. Setiap platform yang anda mendaftar , anda akan dibekalkan perisian yang boleh dimuaturunkan melalui internet untuk di setkan di komputer anda. Melalui perisian yang dimuat turun tersebutlah anda akan dapat melakukan penjualan dan pembelian dalam forex.

Biasanya setiap platform forex dibekalkan dengan carta pergerakan harga matawang yang didagangkan secara terkini ( livetime) Berpandukan carta tersebutlah anda boleh melihat pasaran harga matawang dan dijadikan panduan untuk urusan jual dan beli. Setiap platform juga biasanya dibekalkan dengan indikator-indikator teknikal sebagai rujukan dan bantuan tambahan dalam melakukan urusniaga forex. Jadi tak kira dimana anda berada, asalkan anda dapat mengases internet dan memuatturunkan perisian platform forex, anda boleh melihat pergerakan harga matawang dan memasuki pasaran dengan kata nama dan laluan yang disediakan oleh platform forex. Lebih senang jika anda seorang yang memiliki komputer riba dan menggunakan talian 3g, anda boleh melayari internet dimana saja di dalam kawasan lingkungan liputan dan melihat pergerakan harga dan memasuki pasaran. Ataupun anda boleh menyimpan perisian platform forex di dalam “pen drive “ dan anda boleh memasangkannya di mana-mana cyber café dan memasuki akaun anda bila-bila masa. Anda juga boleh muatturun perisian platform forex di cybercafe dan memasuki akaun forex anda untuk menjalankan urusniaga

Sep
21

FOREX merupakan singkatan nama bagi Foreign Exchange yang membawa maksud tukaran matawang. Ia juga dikenali dengan nama-nama seperti “FX” , “ Spot FX” dan ada juga hanya dikenali sebagai “Spot”. Secara umumnya FOREX merupakan pasaran pembiayaan yang terbesar di dunia di mana jumlah dagangan harian adalah menjangkau USD 2 trilion sehari. Jumlah ini merupakan sesuatu yang agak besar jika hendak dibandingkan dengan pasaran tukaran dagangan “ Stock Exchange” yang berlaku di BSKL ( Bursha Saham Kuala Lumpur) , malahan apa yang didagangkan di NYSE ( New York Stock Exchange) hanyalah berjumlah USD25 bilion sehari. Boleh dikatakan , pasaran FOREX melibatkan jumlah lebih kurang 3 kali ganda lebih besar daripada pasaran stocks dan fuctures dunia. Hal ini menunjukkan berapa besar dan kuatnya dagangan tukaran mata wang.

 

Dagangan Forex merupakan satu proses membeli salah satu mata wang dan menjual mata wang yang lain. Matawang ini didagangkan menerusi broker atau pengedar ( dealer) . Matawang ini didagangkan secara berpasang ( pair). Sebagai contoh British pound dan US dolar ( GBP/USD) atau US dolar dan Japanese Yen ( USD/JPY). Sehingga penghujung tahun 1990 , pasaran dagangan Forex hanya di jalankan oleh mereka yang mempunyai kedudukan dan pengangan kewangan yang istimewa. Ini disebabkan , keperluan asas bagi melakukan trading di dalam pasaran Forex adalah berjumlah 10 hingga 15 ribu USD . Pada asalnya, dagangan forex hanyalah dijalankan oleh institusi perbankan dan institusi – institusi yang besar. Bagaimanapun, pada masa kini kita amat beruntung kerana dengan berkembangnya teknologi dan penggunaan internet. Kini pasaran dagangan forex telah dibuka kepada sesiapa saja seperti saya dan anda semua.

Sep
21

Selamat mengunjungi laman blog ini . Laman ini membicarakan tentang FOREX. Sila hantarkan komen atau pendapat anda.

Terima Kasih

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.